Monday, 12 July 2010

Lake District National Park


mak sempat bershopping

jeti boat


national park


Ibu Intan, Intan dan mak berbual dan berkenalan

Selepas Sekolah Komuniti Malaysia Manchester, kami menuju ke destinasi kami iaitu Lake District National Park. Kami pergi bersama keluarga Cik Mat dan Intan yang kebetulan ibunya ada di sini. Hujan agak lebat di sana. Mak kata tempat inilah yang dia belajar geog dulu namanya The Great Lake. Memang luas. Dikatakan 10miles dari hujung ke hujung.

Wednesday, 7 July 2010

Shopping with mak and abah



Bawa mak abah berjalan2 naik trem pula kali ini. Rumah ke tram station dlm 1 km.

Sunday, 4 July 2010

Welcome to Manchester


Hari ini Tok Mak dan Tok Abah sampai. Seisi rumah menunggu abah ambil tok mak dan tok bah.
Kapal terbang delayed ke jam 8.00 pagi. jam 11.00 baru sampai. mereka disambut dengan roti canai dan kari ayam.


Tu dia.... 4 beg bawa. Macam-macam ada. Deghian je tak de. Rempah 1 beg. Baju dan tudung raye 1 beg, dan apa2 dari Malaysia.


Aktiviti pertama mereka ialah bershopping di Clarks. Dapatlah mak satu handbag memandangkan pergi d hari2 akhir sales. Ada juga kan.

Friday, 2 July 2010

Colne...Boundary Mill...Recaro Dini

Pagi-pagi lagi mama dah masak nasi ayam goreng. Dua bekal untuk Muaz Marini, satu lagi untuk kami.

Kemana???
Colne. Colne tu nama tempat...Sopping nya nama Boundary Mill.


Pekannya...Satu tempat yang agak lama, masyarakat islam yang kuat kerana Kamarul pergi sembahyang Jumaat tiada masalah, 5 masjid dalam 2 km radius. (Masjidnya adalah sebuah rumah teres 2 tingkat)
Kami pergi dengan keluarga Mizi, Nadrah dan baby Umar.

Kenapa????
Apalagi borong sakan lah.. yeay... Teraphy minda sungguh... ada sale.. d Boundary Mills.

Hasil???
Dua pasang kasut kulit Clarks untuk mama(ganti clarks masa pergi haji dulu), satu handbag (5 dah borong hari Ahad lepas), mangkuk Pak Meon (Potmeiron), apron Royal Albert dan buku budak2.

Balik rumah ambil Muaz Marini, cuaca panasla pula.

Buka almari...alangkah terperanjatnya hati diaorg 3 beradik selerakkan baju masa nak ambil baju masing-masing. Apalagi suruhla diaorang kemas. Pandai juga anak dara 2 orang ni melipat dan menyusun baju.(teringat zaman kecil dulu mak bising almari selerak, macam tulah mak suruh kemas).

Kesian dini... Bila part travel je dia memang tak suka...Dul dlm kete kat atas booster bila ngantuk kepala dan badan jadi sakit sebab tidur sambil duduk dan tak de lak support kat tepi... kami carikan dia jual kat Gunptree...50 pound...uhu ...gaji keje seminggu ni dini...utk awak rasa selesa...

Thursday, 1 July 2010

Malique feat.Tun Dr.Mahathir-Layu


Lirik Lagu Layu - Malique


Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Lirik Layu - Malique @ Lirikami

Malique & M.Nasir - Mantera Beradu