Wednesday, 30 June 2010

Rabu ku.....

Hari ini tak berapa sihat. Mungkin mengemas rumah tak habis-habis. Ada tetamu vvip nak datang hujung minggu ini.
Last week seminggu menjaga anak kawan, afif dan zarif. Mamanya ke US. Afif sekelas Marini dan zarif 2 tahun. Boleh ke jaga??? 4 tambah 2 jawapannya 6 orang anak kecil. Dah kena buka nursery ni.
Sebenanya, kalau dah biasa jaga 3, 4 orang, lebih dari itu dah tiada masalah. Diaorang seronok berkawan dan main, dah tak kacau mama. cuma pastikan mereka selamat, tak bergaduh, makan dan mandi ikut waktu.
Hari jumaat pula jaga anak jiran, zimah dan mizah. Maktok mereka datang jadi ibubapa mereka jemput dari London.
Kesimpulannya, seronok jaga anak orang ni, baru dapat dengar Muaz dan Marini speaking. Kalau depan mama malu2.

Tuesday, 22 June 2010

Sheffield dan Nottingham

Para bapa sibuk berbual...
1st time sentuh pokok epal..tu anak epal la tu...

Marini, nurdini













Goreng pisang, roti kaya Mak Jah



















The University of Nottingham

Saturday, 19 June 2010

Hari Keluarga MCCH 2010

Minggu lepas 19/06/2010 hari keluarga MCCH 2010 telah berlangsung dalam cuaca yang amat sejuk pada paginya. Pelbagai acara telah diadakan bertemakan 'sempoi' antaranya timbang bola raga, berlari kacang, pancing epal, lari dlm kasut ayah(muaz menang tempat ke 3), radio rosak(kumpulan mai juara). Terima kasih tak terhingga utk Mizi and the gang yang menyediakan klip video ini..

http://www.facebook .com/video/ ?add&oid=111122302236051&status=5#!/video/ video.php? v=409920539215&ref=mf

Monday, 14 June 2010

NURSERY FOR NURDINI

Nurdini got a letter from school. She's going to Nursery this coming Sept. Today onwards, Dini will be joining pre-school time read and rhyme every Monday from 2.00pm to 3.00pm.
This will help her developement and built confidence when she starts nursery. We (Khalis too) enjoyed there, singing, crafting, story telling and games.

The school's parents support invited me to join Yoga tomorrow, tak join sebab tiada orang jaga anak nanti. Cukup je jadi Malay support.

Fetch her abang n kakak, treat them ice cream. Mama punya abg Muaz dah ngap,(x pelah muaz)

Ahad kami

Dari semalam dah plan nak bercarboot, dah berapa minggu dahtak pergi . Tengok-tengok si Nurdini macam ok je demamnye, pergilah kami dengan berbekalkan burger dan roti gula.( dulu prepared yg best2 budak2 ni bukan makan sgt pun)

Kami bertolak jam 9.00 pagi. Ni dah kira lambat tau sebab carboot buka pukul 6 pagi. ( diaorg ni lah bangun lambat) Sampai jam 9.30. round punya round. Pukul 11.00 . Hasil tangkapan???? Mainan budak2 nilah. baju sikit2. Tapi puas hati sebab hari ini habiskan hanya GBP 5 shj. Save duit aku.

Konon-kononnye nak ke cb Hollylane, tiba-tiba ade signboard, CB cancelled, kuciwa hatiku ini, lalu melencong ke Nursery. Cari pokok Strawberry.

Kemudian ke Tesco. Dapat panggilan dari K Ila, "Mai nak lesung batu tak? datang rumah ambil ye" (kebetulan anak lesung batu hilang. ntah mana ntah. Kamarul cakap, rumah kecik pun boleh ilang barang?)

Di Rumah K Ila( dia nak pindah tu sbb tgh beri brg kt org yg lebih memerlukan), bukan amik lesung batu je, kalau boleh habis satu dapur dia nak bagi, asam keping, rempah kurma, coklat, ntah banyak jugak kot.

Balik apartment, barang dah banyak gile, apalagi, pas lalu tingkap je lah.

Hari ini punya menu ayam masak kurma, cendol dan minum petang, apple struddle.


Malam 'tolong' Muaz buat math. Yang terharu tu, lepas habis homework tu, mama pun explain kepada Muaz, "Muaz, Mama n Abah marah sebab sayang",
dia jawab ape..... " Muaz ok aje tapi kaki ni asyik goyang-goyang je". (menggigillah tu)
Semoga muaz jadi anak yang bijak ye. Amin.

Saturday, 12 June 2010

Flowers in my heart(hatiku berbunga-bunga)

Hari ini, Berbunga-bunga sang hati ini,kenapa????
Rase mcm nak berjoget-joget bagai si fooballer yg baru score 1 goal, kenapa????

Pertama, si muaz, anak sulung mama yang hensem(kalau senyum tutup mulut), buat persembahan di sekolah pagi tadi, membacakan poem, 'I love'. Setiap orang akan menunjukkan gambar apa yang mereka suka dan sayang, ada yang buat rainbow, rain, dan bermacam lagi. Sampai part Muaz, dia dengan bangganya menjeritkan I LOVE MY MOM. sambil tunjukkan gambar dia dan mommynye . Satu sekolah dengar, pupils, teachers, staffs and parents.
hah! Senyumlah mama hingga lupa nak tepuk tangan. I LOVE U TOO MUAZ. dlm hati bekata.


Kedua, Mama dapat berita gembira, orang yang paling dirindui, disayangi, ditatapi wajah mereka setiap pagi oleh mama dan Nurdini, siapa lagi kalau bukan Tok Mak dan Tok Bah. Tok Mak dan Tok Bah kini ranking tertinggi. Tiap2 hari budak 3 orang tu tanya, bila nak datang, hisy. Bolehla mama cuti masak heheh. best best.

Ketiga, Marini semakin pulih dari demamnya. Bolehla mama tido lena mlm ni.
Syukur Alhamdullilah, itu sahaja yang mampu.

Muaz dgn Miss Shazia(Class Teacher)

Thursday, 10 June 2010

Marini



Marini demam dah masuk 4 hari dah... Siang ok malam je demam.. 2 minggu lepas Muaz yang demam. Gini le gayanya. Minggu lepas khalis. Harap2 Nurdini ok.
Marini ni dah lah demam boleh marah2 lagi..manele org demam marah2 orang...lepas marah...kejap kang nangis la pulak... nasi tak mahu makan...bila perut kosong...mangadu minta sapu ubat...ops sori bukan mengadu...tapi marah2 minta sapu ubat...hai anak2....

Kekadang terpikirla...kasihan kat budak2 ni... dah la duduk terkurung dalam rumah...pegi sekolah..balik sekolah dan x pergi mana2 pun ..mana le ada sedara ndak menjenguk...tu yang bila kata mak dan abah ndak daang punyalah happy budak2 tu... harap2 jadilah mereka datang.

Kat sini roti jgn ceritalah...klu dulu kat taman manis sebantal boleh ka 2minggu ndak habis pun susah...siap expire lagi...kat sini lain...2 bantal 3 hari boleh habis mengikut perisanya...silap haribulan jika kene spread dia 1 1/2 bantal boleh habis sehari... diaorang ni makan ke melantak? tapi alhamdulillah makan ada baca Bismillah.... cuaca kot..
cerita cuala satu hal... sekarang subuh kat kul 3 pagi.. kul 5 habis subuh dah..terangnya satu hal lagi... tapi antara nikmat yang Allah s.w.t beri kat sini rasa seronok tidur...tidur antara suam2 sejuk....macam tidur kat Msia dalam selimut waktu hujan terik la tu...Esok ada sekolah Msia bermaksud dapatlah Mai merasa masakan orang lain pula setelah semingu melayan menu makan kami berlima.

Dah 6 bulan tak jumpa kedai gunting yang sesuai..
...

Sunday, 6 June 2010

Halifax-EUREKA


Bersama keluarga En Mat


Muaz mencuba bakat melukisnya

Siang yang panas tapi sebenarnya sejuklah juga berbanding kat kg. Tu yang berjemur tu sedang cuba menggelapkan kulit la tu.

Nurdini(4T), Muaz(7T), (4T), Marini(6T), Zimah(6T), Mizah(5T)

Antara gigi yang terbesar di dunia. seronok pula si khalis bermain ngan lidahnya. Dia jadikan gelungsur la pulak. khalis..khalis

Sabtu 5 Jun 2010...Sudah 2 minggu cuti sekolah dan isnin depan akan mula sesi persekolahan summer.. Kasihan budak2 tu tak kemana2. Mingu pertama Muaz demam...hendak ke Bolton Abbey tak jadi...minggu ni pula Khalis lak demam...Alhamdulillah dah ok... Jadi kami 2 keluarga ngan falimi cek mat plan ke The Nasional Children's Muzeum yang terletak hampir 40 min dengan berkereta....